Definisi Talak
Agama

Definisi Talak

Definisi Talak

 

Definisi Talak
Definisi Talak

Secara bahasa

erti talak adalah melepaskan ikatan, baik yang nampak seperti ikatan kuda dan ikatan tawanan. Mahupun maknawi seperti ikatan pernikahan yang merupakan hubungan yang ada antara sepasang suami isteri. Kerana itu talak didefinasikan dalam istilah bahawasanya talak adalah menghilangkan pernikahan atau mengurangi kehalalannya dengan ucapan yang khusus. Makna menghilangkan pernikahan atau mengurangi kehalalannya dengan kata-kata yang putus adalah menghilangkan pernikahan beerti mengangkat keikatan dimana sang isteri tidak halal lagi baginya setelah itu.

Mazhab Syafi’e

mereka berkata: “Talak Raj’I masih berada dalam ikatan pernikahan adalah seperti talak ba’in. Oleh kerana itu tidak halal bagi lelaki yang menceraikan isterinya untuk menjimak isterinya atau untuk bermesraan dengannya sebelum ia merujuk isterinya dengan kata yang memberitahukan atau mengisyaratkan kepada rujuk baik secara jelas mahupun kinayah”.

Oleh kerana itu Mazhab Syafi’e mendefinasikan:talak dengan bahawasanya talak adalah melepaskan tali ikatan dengan lafaz at-thalaq dan lain-lain. Jika yang dimaksudkan dengan pernikahan disini adalah akad maka idhafahnya adalah bayaniyah dan maknanya adalah melepaskan tali ikatan iaitu pernikahan atau dengan ungkapan yang lain iaitu menghilangkan pernikahan. Jika yang dimaksudkan dengan nikah adalah jimak maka idhafahnya adalah hakikiyah dan maknanya adalah menghilangkan akad yang memperbolehkan berijmak.

Mazhab Maliki

mereka berkata: “Jika sang suami menjimak isterinya itu tanpa berniat rujuk maka tidak dapat menjadi rujuk. Jimak tidak dapat menjadi rujuk kecuali dengan niat. Adapun jimak dengan niat rujuk maka jimak itu menjadi rujuk. Berdasarkan keterangan ini, talak raj’i tidak menghilangkan akad nikah kerana kalau talak raj’I menghilangkan akad nikah maka tidak halal bagi sang suami untuk menjimak isterinya”.

Oleh kerana ini,Mazhab Maliki mendifinisikan talak bahawasanya talak adalah sifat hukum yang dapat mengangkat kehalalan untuk bersenang-senang bagi seorang suami dengan isterinya dimana kalau berulang sampai dua kali maka haram bagi suami isterinya itu sebelum isterinya menikah dengan lekai yang lain. Definisi ini tidak bertentangan dengan definisi Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali yang tersebut diatas. Oleh kerana itu tidak ada perbezaan pendapat antara Mazhab Maliki dan antara tiga mazhab yang lain kecuali pada bahawasanya rujuk dengan jimak tidak dapat tercapai kecuali dengan niat menurut Mazhab Maliki bukan menurut Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali.

Sumber: dutadakwah.org